Kerjaya Kelab Mohd_Amri_Yahyah

Selangor FA

Dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor, Amri menandatangani kontrak dengan Selangor pada tahun 2001. Amri menjadi sebutan ketika beliau menjaringkan gol emas menentang Sabah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002. Antara nama yang turut membantu pasukan Selangor merangkul kejuaraan treble (Liga Perdana Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia) pada tahun 2005. Amri memakai lilitan kapten bagi pasukan Selangor dalam musim 2009-2012. Amri juga adalah seorang pemain serba boleh. Beliau boleh bermain dalam beberapa posisi yang berbeza termasuk sebagai pemain pertahanan, pemain pertahanan tengah, pemain sayap, pemain penyerang tengah dan pemain penyerang.

Johor Darul Ta'zim

Amri menyertai JDT pada tahun 2014. Amri pernah beberapa kali menjadi Kapten untuk skuad JDT. Amri merupakan seorang penyerang prolifik apabila berjaya menjaringkan beberapa buah gol menarik sepanjang kariernya di JDT. Sebagai seorang penyerang berpengalaman, Amri sentiasa mencuri tumpuan dengan gelagat dan gaya gelecekan bola yang hebat.[2] Sepanjang berada di JDT, Amri sudah mengumpul - juara Piala AFC 2015- juara hatrik Liga Super (2014/15/16)- juara Piala FA 2016- juara Piala Sumbangsih (2015/2016)[3]

Melaka United

Pada 16 Disember 2016, Amri menandatangani kontrak satu tahun dengan kelab yang baru dinaikkan ke Liga Super 2017 Melaka United, dengan bayaran yang tidak dikemukakan selepas kontraknya dengan Johor Darul Ta'zim tamat tempoh.[4][5] Pada 21 Februari 2017, Amri membuat debutnya untuk Melaka United dengan kemenangan 2-0 ke atas Kelantan bermain selama 90 minit. Pada 14 Februari 2017, Amri menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya dalam kempen Piala FA ke atas PKNS.[6]

Kembali ke Selangor FA

Pada bulan Mei 2017, Melaka United mengumumkan bahawa pemain yang mereka tandatangani pada pra-musim iaitu Amri Yahyah akan kembali ke bekas pasukannya Selangor FA pada jendela perpindahan pertengahan musim.[7] Amri membuat penampilan Liga Super 2017 bersama Selangor dalam kekalahan 0-2 ke atas Pahang pada 24 Mei 2017. Amri kemudian menjaringkan gol Liga Super-nya pada 22 Julai 2017 iaitu ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Kelantan. Jaringan kedua Liga Super pula hadir ketika menang 2-1 ke atas Johor Darul Ta'zim pada 5 Ogos 2017.[8]

Rujukan

WikiPedia: Mohd_Amri_Yahyah http://www.astroawani.com/berita-sukan/amri-yahyah... http://www.bolasepakmalaysia.com/p/pendapat-gaji-p... http://www.goal.com/en-my/news/golden-boy-amri-yah... http://selangorfc.com/pemain/arkib/mohd-amri-yahya... http://www.soccer24.com/malaysia/super-league/ http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2009/... http://football.thestar.com.my/story.asp?file=/201... http://www.thestar.com.my/Sport/Football/2013/08/1... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...